;

Khamis, 18 Disember 2008

Hari Raya Aidil Adha

Asslamualaikum.
Lepas solat sunat Hari Raya Aidiladha, inilah juadah di pagi itu yang dihidangkan setelah semalaman seluruh ahli keluarga bertungkus-lumus untuk menyiapkannya.


Dan ini pula, jamuan makan malam di hari raya di rumah abang sulung. Em, sodapnya.



Setelah selesai makan dan perut semua kenyang, kami pula berposing mengambil gambar kenang-kenangan. Nampaknya ini gambar keturunan lebai-lebai. InsyaAllah.

Dan ini pula posing gambar kenangan dari serikandi-serikandi Muslimah. Tabarakallah.
Wahai Tuhan kami, berikanlah kami di dunia ini akan kebaikannya. Dan jua kebaikan di alam akhirat nan abadi. InsyaAllah.















Selasa, 16 Disember 2008

Suatu Petang di Kampung Halamanku.


Seperti biasa cuti sekolah akhir tahun, aku balik ke kampung halamanku di Kelantan. Balik ini sempena menyambut Hari Raya Korban. Allhamdulillah, sempat juga sampai ke kampung kerana masa perjalanan balik itu, banjir mula melanda Terengganu dan Kelantan.




Alangkah tenangnya bila balik kampung. Duduk di muka pintu rumah minum teh sambil-sambil melihat pemandangan sawah padi yang pada ketika itu hujan masih renyai-renyai.


Pemandangan di depan rumah ku di kampung.






Motosikal tua ayahndaku.

Motosikal pertama aku belajar menunggang.
Sampai jumpa lagi..

Sabtu, 6 Disember 2008

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha buat keluarga dan sanak-saudara di Kelantan, keluarga mertua di Keratong, kawan-kawan yang mengenali diri ini. Buat kawan-kawan seperjuangan dalam PSSGM, alam persekolahan,UKM dan Maktab Perguruan Batu Rakit dulu, teruskanlah perjuangan kalian. Bagi kawan-kawan di Sabah, tabahkan hati dan teruskanlah juga perjuangan anda. Segala kenangan-kenangan lalu masih terpahat diingatan.
Sesungguhnya pengalaman tersebut banyak mematangkan penghidupan ku di dunia ini untuk menuju alam abadi bertemu Penciptaku.