;

Selasa, 29 September 2009

Kenangan Aidilfitri 1430 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t...

Hari Aidilfitri Raya kali hanya disambut dengan sederhana dan rasa syukur kepada Allah s.w.t. Kaum kerabat yang menyambut Aidilfitri kali ini hanya terdiri daripada keluarga abang long dan anak beranak,keluarga kak anak beranak dan kami tiga beranak.


Keluarga abang long dan kak memang dah bemastautin kat Kelantan. Kami sekeluarga yang bekerja di Pahang sajalah yang balik kampung beraya di Kelantan. Adik beradik yang lain semuanya ada kat Sabah. Abang Ngoh sekeluarga di Kota Marudu, Kak Chik sekeluarga dan Kak Nik bekerja di Tawau.


Mereka tak balik beraya, jauh seberang laut sana bah! Tapi dengan teknolongi internet ni, pada malam raya dan hari raya tu dapat juga Kami semua di Kelantan berhubung dan bercakap serta dapat tengok muka lagi akan sanak-saudara di Sabah dengan guna kemudahan "Skype". Cuma Kak Nik saja tak dapat nak bercakap-cakap. Maklumlah doktor, tak dapat cuti, sibuk dengan patien2.



Mek sedang bercakap dengan Abang Ngoh Sabah sambil peluk Humaira melalui kemudahan Skype


Ini ialah gambar-gambar yang sempat di ambil semasa raya.




Humaira pertama kali pakai baju kurung. Nak beraya.Em..dapat pakai kejap je. Pastu terburai semua pakaian.




Humaira dan Kak Long


Humaira dan Kak Cik


Amsyar suka sangat dengan Humaira


Humaira dengan Abi dan Umminya


Di bawah ni gambar-gambar Tuan Puteri Raidah sambut hari jadinya yang ke 10 yang kebetulan jatuh pada hari raya kedua.





Kami semua di Kelantan ucapkan Selamat Har Raya Aidilfitri buat semua...


Isnin, 14 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah


Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya, Ramadhan ini ada cerita dan gambar nak dipaparkan. Tetapi kesibukan urusan hidup dunia dan akhirat menyebabkan semuanya tergendala.

Oleh itu dikesempatan ini, ana ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI buat semua kaum kerabat keluargaku samaada dekat dan jauh. Terutamanya yang tinggal kat Sabah. Iaitu buat abang Ngoh sekeluarga kat Kota Marudu, Kak Chik sekeluarga dan Doktor Kak Nik kat Tawau. Maaf Zahir Batin.

Dan juga buat semua pengunjung blog ini. Terutamanya semua kawan-kawan di mana jua berada samaada di Kelantan,luar Kelantan dan juga luar Semenanjung.Maaf Zahir Batin, moga bergembira di hari raya...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum w.b.t.

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan cuba "mengaut" seberapa banyak pahala dibulan yang dilipat gandakan kebajikan amalannya buat semua kawan-kawan dan pembaca blog ini.

Moga dibulan ini merupakan bulan Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Bahkan moga latihan keimanan dan ketakwaan ini akan berkekalan sehingga pada bulan-bulan yang mendatang.Jangan jadikan bulan ini sahaja kita mendekatkan diri dan banyak buat amalan sunat,bila tiba bulan Syawal dan seterusnya kita mula jadi macam sebelum Ramadhan ; tiada perubahan. Na'uzibillahi min zalik.

Semalam saya cuba membelek-belek blog kawan-kawan. Rupanya ramai sahabat yang sudah buat blog. Mana yang jumpa saya letak dalam blog list saya. Allhamdulillah, dengan kemudahan ini dapat jua kita berhubung dan mendekati sahabat melalui alam maya walaupun berjauhan dan kekangan masa. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua sahabat.Moga kita mendapat rahmat dan bimbingan Allah s.w.t. selalu.

Khamis, 30 Julai 2009

URGENT!!!

Assalamualaikum w.b.t

Kepada para pembaca dan sahabat, jenguk-jenguklah blog kedua saya ini agar dapat memberikan sedikit panduan kepada saya dalam membantu merawat murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tak lama lagi.Moga Allah memberikan ganjaran di atas usaha tersebut dan memudahkan urusan ini. InsyaAllah. Wallahu'alam.

Selasa, 7 Julai 2009

PULUT DURIAN



Dua tiga hari yang lepas semasa cuti minggu saya dan keluarga balik rumah mertua di Keratong , Pahang. Biasanya beginilah kalau hari minggu kalau tak sibuk dgn kerja. Rumah mertua ni tak jauh sangat dgn kediaman kami. Kami tinggal di Keratong 7.20 minit perjalanan.

Apa yang menariknya nak cerita kat sini, saya dah biasa makan pulut durian ni. Santan, nissan (gula melaka)dihiris halus2,pulut dan durian.Gaul semua tu, baru boleh makan. Yang uniknya pulut durian ni kena makan dgn tangan. Emmmm...enaknya. Kalau tak susah nak gaul durian dan semua bahan2 tu.

Bagi mertua (orang Pahang)ni pertama kali makan pulut durian. Biasanya mereka hanya makan "pengat durian". Kalau kat Kelantan (saya orang Kelate), durian boleh di buat "pulut durian" dan "pengat durian". Tapi yang best bagi saya ialah pulut durian. Tapi tak boleh makan banyak2 pulut durian ni, nanti nak termuntah. Sekadar 2 pinggan bolehlah lagi.

Sabtu, 20 Jun 2009

Handphone Second Hand...


Assalamualaikum dan salam mesra.

Lama sudah tak menulis dlm blog ini. Takde apa yang menarik. Cuma kali ini menulis tentang handphone baru. Saya sebenarnya dah ada handphone (nokia 6260), tapi dah terlalu buruk. Dulu harganya lebih kurang rm1ribu, tp skag mungkin dlm rm2 ratus sahaja.Yang saya suka dgn handphone buruk saya ni ialah ia tahan lasak dan bateri masih ok lagi walau dh guna hampir 5 tahun.

Tapi baru2 ni isteri saya cadangkan supaya beli handphone N81 8GB second hand kepunyaan tukang kebun sekolahnya. Harga yang ditawarkan rm700. Isteri saya ni lebih kepada ingin menolong tukang kebunnya tu. Sebab tukang kebunya tu takde duit sgt untuk mengambil motor yang dia baiki untuk berulang alik ke Kuantan untuk melihat anaknya yang ditahan wad kerana masalah paru2. Kalau ikutkan duit yang ada dlm simpanan tu nak digunakan untuk membeli kamera digital. Tapi disebabkan nak menolong, saya beli jg handphone tu. Handphone tu boleh jg digunakan sebagai kamera.

Mudah2an anak beliau sihat dan kalau kita suka tolong orang, nanti Allah akan tolong kita pula. InsyaAllah.

Sabtu, 16 Mei 2009

PISANG BERBUAH DUA KALI



Asslamualaikum...
Lama betul tidak menulis dalam blog ini. Maklumlah, sibuk dengan kerja seharian sebagai seorang guru. SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik. Kebetulan pula masa menulis ini, hari guru 16.05.2009. Pastu pula sibuk dengan anak kecil.

Kali ini hanya nak kongsi satu gambar yang bagi saya menakjubkan dan dari kebiasaan. Iaitu pokok pisang yang berbuah 2 kali. Sebenarnya pokok pisang ini telah ditebang oleh mertua saya setelah ia mengeluarkan buah. Tapi selepas dipotong batangnya selama beberapa hari, ia tumbuh kembali dan ada jantung pisangnya. Gambar jantung pisang ini tak dapat saya siarkan kerana saya hanya ambil gambar yang mana ia telah mengeluarkan buah. Gambar awal tumbuh jantung pisang tersebut ada dalam simpanan adik ipar saya.

Terlintas difikiran saya tentang cerita monyet dengan kura-kura yang berebut buah pisang. Yang mana monyet ambil batang pisang yang sudah ada buah pisangnya. Manakala kura-kura mengambil batang pisang hingga ke akarnya. Akhirnya kura-kura dapat makan buah pisang tersebut hasil dari batang pisang yang ditanam dan mengeluarkan anak-anak pisang yang lain.

Apapun inilah kebesaran Illahi.

Khamis, 5 Mac 2009

UJIAN ILAHI

Humaira suatu ketika sedang lena tidur selepas hisap susu


Aksi yang mencuit hati sebelum mengalami hari-hari mendapat gangguan jin

Bersyukur ke hadrat Illahi Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda.
Pernah dalam artikel yang lepas ingin saya kongsikan pengalaman merawat gangguan makhluk halus. Pohonan maaf dipinta kerana hingga ke hari ini belum lagi saya menceritakan. Walaubagaimanapun, kali ini saya ingin berkongsi bersama tentang anak sulung perempuan saya Humaira Asyikin yang dijangka mendapat gangguan makhluk halus. Tentang cerita merawat lain sebelumnya, insyaAllah akan diceritakan kemudian seandainya ada kesempatan.

Sudah saya menjangkakan bahawa akan ada ujian daripada Allah swt. apabila kita mempelajari ilmuNya berkaitan alam jin ini. Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah tentang cara gangguan dan ikhtiar merawat gangguan jin terhadap anak kecil berumur sebulan ini.

Apa yang pasti anak saya mendapat gangguan pada waktu tengah malam sekitar jam 12.00 tengah malam hingga ke waktu subuh. Sehingga membuatkan ibubapa dan neneknya tidak dapat tidur sampai ke pagi. Bila diselidiki, gangguan ini bermula apabila anak ini "luruh tali pusat".

Gangguan yang dialaminya ialah seperti :

1. Makhluk ini tidak membenarkan bayi ini menghisap susu ibunya. Walaupun diberi susu, semacam ada yang mengacau, menarik kaki bayi ketika dia ingin menyusu dan menyebabkan dia menangis kerana tidak senang untuk menyusu.

2. Mata bayi mengantuk, tetapi tidak dapat tidur.



3. Matanya sentiasa melihat ke atas, ke kanan dan ke kiri seperti melihat kelibat sesuatu.

Puas ibu dan neneknya menyelidiki punca bayi ini menangis. Walaupun ditukar lampin baru dan menyapu ubat kembung perut takut-takut anak ini menangis kerana rimas dan kembung. Tetapi dia tetap menangis dan menangis (macam cerita P.Ramlee Ahmad Al-bab).

Sekarang ini gangguan semakin hebat. Kalau dulu, dia mendapat gangguan pada waktu malam, tapi kini pada waktu siang pun mendapat gangguan.

Saya sebagai ayahnya mula berikhtiar untuk merawat anak sulung ini. Rawatan seperti :

1. Menghalau "Ummu Sibyan"jin yang suka membuat bayi menangis. Siapa "Ummu Sibyan"? Panjang ceritanya. Sila rujuk ilmu perubatan islam.

2. Memandikan bayi dengan air rukyah setiap petang.


3. Memagar rumah dengan air rukyah dan garam serta lada hitam.


4. Memasang ayat al-Quran dan azan ketika dia menangis.

5. Menyembur air rukyah apabila dia mendapat gangguan.

Apa yang dapat saya perhatikan, apabila membuat kaedah rawatan 1, dia akan tenang pada malamnya. Pada malam keesokannya dia akan mendapat gangguan lagi. Maka saya menggunakan kaedah rawatan 1 dan 2. Dia tenang pada malam. Tetapi dia akan mendapat gangguan lagi pada malam seterusnya. Sehinggalah saya membuat kaedah rawatan 1,2,3 dan 4. Namun hasilnya seperti yang lepas-lepas.

Semalam dan hari isteri saya menggunakan kaedah 5, bayi itu akan senyap dan mampu menghisap susu dengan tenang serta matanya tidak lagi dalam ketakutan. Namun gangguan akan datang lagi selepas itu.

Pernah terlintas difikirannya saya, adakah:

1. Kaedah-kaedah yang digunakan tidak berkesan kepada jin tersebut?

2. Hadirnya jin yang lain setelah jin pengganggu pertama lari/musnah?

3. Adanya jin yang degil untuk berhenti mengganggu terutamnya daripada jin saka atau jin pendamping (khadam) yang tinggal dirumah tersebut?

Sehinggakan saya tertanya-tanya sendirian apa lagi ikhtiar yang harus dilakukan untuk menghalang gangguan ini dan apa penyebab gangguan ini masih berterusan? Akhirnya saya berpegang kepada Qada' dan Qadar Allah dan saya yakin ada hikmah disebalik semua ini. Saya juga yakin bahawa semua kaedah yang digunakan memberi kesan kepada jin-jin pengganggu.

Walaubagaimanapun semua ini berlaku adalah kerana :

1. Allah ingin memantapkan lagi ilmu gangguan makhluk halus dan memberikan pengalaman baru dalam menggunakan berbagai-bagai kaedah rawatan. Sebab bila saya hanya menggunakan satu kaedah rawatan sahaja gangguan sudah hilang, maka kaedah lain saya tidak tahu dan tidak mencuba.

2. Melatih saya bersabar dengan ujian Allah yang diberikan serta memohon pertolongan kepada Allah setiap masa.

InsyaAllah. Sesungguhnya semua penyakit itu ada kesembuhan daripada Allah melainkan mati. Kita sebagai hambanya tidak boleh berputus asa untuk berikhtiar dan sedih dengan ujian yang diberkanNya. Janganlah mencari jalan-jalan pengubatan yang boleh mendatangkan kesyirikan semata-mata untuk mencari penyelesaian. Pohonlah pada Allah, mintalah pada Allah melalui doa, ikhtiar dan solat. InsyaAllah.
















Khamis, 26 Februari 2009

Humaira Asyikin

Salam untuk semua...

Pada malam ini ada kesempatan untuk menulis sedikit dalam blog ini. Kalu nak diikutkan banyak kerja lagi nak dibuat. Tapi nak hilangkan sedikit tekanan dan lupakan sekejap kerja tu.

Okeylah, ni ada gambar-gambar puteri sulungku Humaira Asyikin.




Berumur 2 hari



Dah dapat balik rumah. Umur dalam seminggu.



Berumur 20 hari.


Allhamdulillah, Humaira Asyikin tidak lama kena kuning. Tapi macam baby-baby lain, dia suka berjaga malam. Buat ummi dan abinya banyak-banyak bersabar dalam membesarkan Humaira Asyikin.

Moga Humaira Asyikin menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibubapa dunia dan akhirat.

Jumaat, 20 Februari 2009

Pengalaman Baru


Asslamualaikum.


Syukur kepada Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad s.a.w., ahli-ahli keluarga Baginda dan para sahabat.


Begitu lama saya tidak menulis di dalam blog. Sebenarnya banyak yang hendak dicoretkan, tapi kekangan masa yang amat terbatas menyebabkan semuanya terbengkalai. Tugasan sebagai seorang pendidik tidak hanya selesai sessi persekolahan sahaja, malah sampai ke tempat tidur dan tidak habis-habis kerjanya.


Apa yang hendak dicoretkan di sini sebagai dairi kehidupan yang mana nanti boleh dibaca bila ada masa terluang disamping membukukan pengalaman-pengalaman yang mungkin boleh menjadi iktibar dan panduan kepada empunya diri atau orang lain.


Antara yang hendak dicoretkan ialah :


1. Pengalaman baru sebagai seorang Muallij muda dalam merawat kes-kes yang berkaitan dengan gannguan jin.


2. Penghasilan buku amalan bagi tujuan perlindungan dan menjauhi gangguan jin untuk bacaan diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat (jika sudi) .


3. Pengalaman baru apabila dianugerahi amanah Allah dengan seorang cahaya mata yang bernama Humaira Asyikin.


Insya Allah jika ada kesempatan masa akan saya coretkannya nanti.





Ahad, 18 Januari 2009

MUALLIJ (Perawat Islam)



Asslamualaikum..

Lama sudah tidak menulis dalam blog ini. Sibuk dengan sesi persekolahan yang baru bermula. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Coretan kali ini berkaitan dengan Perubatan Islam, khususnya berkaitan dengan gangguan makhluk halus ataupun jin. Saya mula mendekatkan diri dalam hal yang berkaitan dengan alam jin ini, mula mencari buku-buku yang berkaitan dengan gangguan-gangguan jin dan syaitan serta rawatannya sekitar tahun 2001.

Perasaan rasa ingin tahu ini adalah kerana pengajaran daripada kematian abang ipar disebabkan gangguan jin sihir, isteri yang sering sakit pelik kerana angkara sihir dan kerana tiada lagi ahli keluarga yang dapat membantu anak cucu sekiranya berlakunya gangguan-gangguan seperti ini setelah arwah datuk (Mohd Salleh) yang juga seorang perawat berpengalaman bertemu dengan Penciptanya untuk selama-lamanya.

Oleh itu, saya mula berjinak-jinak dan mendalami ilmu ini secara tidak rasmi melalui pembacaan buku-buku, lisan orang-orang yang terlibat dengan rawatan gangguan makhluk halus dan melalui media elektronik.

Sebelum posting ke Sabah pada 2004, saya berdoa Illahi semoga dapat mempelajari ilmu ini di sana sebagai bekalan untuk membantu ahli keluarga termasuk isteri saya. Namun 3 tahun berada di Sabah, hasrat saya itu tidak kesampaian. Dalam pada itu, isteri saya di Semenanjung semakin sakit bertarung dengan gangguan jin dan sihir.

Sungguhpun begitu, doa saya dimakbulkan jua. Dapat juga saya mempelajari ilmu Perubatan Islam ini akhirnya, tetapi bukan di Sabah. Walaupun saya berada di Sabah, saya korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghadiri kursus-kursus intensif yang di anjurkan di Semenanjung anjuran Morapis Edar. Allamdulillah, saya sempat menghadiri kursus anjuran Morapis sebanyak dua kali sehingga saya telah diijazahkan ayat-ayat Ruqyah oleh guru pertama saya, al-Fadhil Ustaz Abdul Malek (anak murid Syeikh Wahid Abdus Salam Bali-Muallij terkenal di Mesir) untuk beramal dan merawat.

Al-Fadhil Ustaz Abdul Malek

Selepas itu, saya menambah lagi ilmu pengetahuan ini dengan mengikuti kursus-kursus anjuran Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan(Akrine) yang dikendalikan oleh Ustaz Abdul Majid Hasan (anak Murid Prof.Dr. Haron Din). Saya merupakan anak murid bagi sesi ke-3 kursus yang dianjurkan oleh Ustaz Abdul Majid. Syukur kepada Allah, berkat usaha ini dan ilmu yang sedikit ini, saya mula yakin untuk merawat isteri, sanak-saudara, kawan-kawan dan orang-orang yang memerlukan dengan izin dan pertolongan Allah s.w.t. Saya tidak ada kekuatan, tidak boleh menyembuhkan sesiapa, melainkan hanya mampu membaca al-Quran dan berikhtiar sahaja. Yang Maha Kuat, Penyembuh dan memberikan pertolongan adalah Allah s.w.t. semata.

Al-Fadhil Ustaz Majid Hasan
Kursus ke-2, Kursus Peningkatan Ilmu di Kuang Selangor (Kurusus Tarik Jin Ke Dalam Botol). 5 Mei 2007. Kursus pertama tidak sempat ambil gambar.


Kursus ke-3 Peningkatan Ilmu di Kuang Selangor, 27-28 Disember 2008.


Praktikal merawat pesakit daripada gangguan jin.

Tanda pengijazah ilmu oleh Ustaz Abdul Majid Hassan untuk beramal dan menjadi seorang Muallij (Perawat Islam). Iaitu sebuah buku panduan dan sebatang alat untuk merawat pesakit. Sila layari Catatan Muallij Muda untuk berkongsi pengalaman Perubatan Islam. Allahua'lam wa mutakbbirin a'nid.