;

Ahad, 18 Januari 2009

MUALLIJ (Perawat Islam)



Asslamualaikum..

Lama sudah tidak menulis dalam blog ini. Sibuk dengan sesi persekolahan yang baru bermula. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Coretan kali ini berkaitan dengan Perubatan Islam, khususnya berkaitan dengan gangguan makhluk halus ataupun jin. Saya mula mendekatkan diri dalam hal yang berkaitan dengan alam jin ini, mula mencari buku-buku yang berkaitan dengan gangguan-gangguan jin dan syaitan serta rawatannya sekitar tahun 2001.

Perasaan rasa ingin tahu ini adalah kerana pengajaran daripada kematian abang ipar disebabkan gangguan jin sihir, isteri yang sering sakit pelik kerana angkara sihir dan kerana tiada lagi ahli keluarga yang dapat membantu anak cucu sekiranya berlakunya gangguan-gangguan seperti ini setelah arwah datuk (Mohd Salleh) yang juga seorang perawat berpengalaman bertemu dengan Penciptanya untuk selama-lamanya.

Oleh itu, saya mula berjinak-jinak dan mendalami ilmu ini secara tidak rasmi melalui pembacaan buku-buku, lisan orang-orang yang terlibat dengan rawatan gangguan makhluk halus dan melalui media elektronik.

Sebelum posting ke Sabah pada 2004, saya berdoa Illahi semoga dapat mempelajari ilmu ini di sana sebagai bekalan untuk membantu ahli keluarga termasuk isteri saya. Namun 3 tahun berada di Sabah, hasrat saya itu tidak kesampaian. Dalam pada itu, isteri saya di Semenanjung semakin sakit bertarung dengan gangguan jin dan sihir.

Sungguhpun begitu, doa saya dimakbulkan jua. Dapat juga saya mempelajari ilmu Perubatan Islam ini akhirnya, tetapi bukan di Sabah. Walaupun saya berada di Sabah, saya korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghadiri kursus-kursus intensif yang di anjurkan di Semenanjung anjuran Morapis Edar. Allamdulillah, saya sempat menghadiri kursus anjuran Morapis sebanyak dua kali sehingga saya telah diijazahkan ayat-ayat Ruqyah oleh guru pertama saya, al-Fadhil Ustaz Abdul Malek (anak murid Syeikh Wahid Abdus Salam Bali-Muallij terkenal di Mesir) untuk beramal dan merawat.

Al-Fadhil Ustaz Abdul Malek

Selepas itu, saya menambah lagi ilmu pengetahuan ini dengan mengikuti kursus-kursus anjuran Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan(Akrine) yang dikendalikan oleh Ustaz Abdul Majid Hasan (anak Murid Prof.Dr. Haron Din). Saya merupakan anak murid bagi sesi ke-3 kursus yang dianjurkan oleh Ustaz Abdul Majid. Syukur kepada Allah, berkat usaha ini dan ilmu yang sedikit ini, saya mula yakin untuk merawat isteri, sanak-saudara, kawan-kawan dan orang-orang yang memerlukan dengan izin dan pertolongan Allah s.w.t. Saya tidak ada kekuatan, tidak boleh menyembuhkan sesiapa, melainkan hanya mampu membaca al-Quran dan berikhtiar sahaja. Yang Maha Kuat, Penyembuh dan memberikan pertolongan adalah Allah s.w.t. semata.

Al-Fadhil Ustaz Majid Hasan
Kursus ke-2, Kursus Peningkatan Ilmu di Kuang Selangor (Kurusus Tarik Jin Ke Dalam Botol). 5 Mei 2007. Kursus pertama tidak sempat ambil gambar.


Kursus ke-3 Peningkatan Ilmu di Kuang Selangor, 27-28 Disember 2008.


Praktikal merawat pesakit daripada gangguan jin.

Tanda pengijazah ilmu oleh Ustaz Abdul Majid Hassan untuk beramal dan menjadi seorang Muallij (Perawat Islam). Iaitu sebuah buku panduan dan sebatang alat untuk merawat pesakit. Sila layari Catatan Muallij Muda untuk berkongsi pengalaman Perubatan Islam. Allahua'lam wa mutakbbirin a'nid.