;

Ahad, 31 Januari 2010

Pecah Rekod



Assalamualaikum dan salam mesra.

Oh.oh... Begitu lamanya blog ini menyepi. Banyak cerita yang nak dimuatkan, tapi yelah sibuk memanjang tak berkesempatan masa nak menulisnya. Kali ni pasal cerita Pecah Rekod. Apa yang pecah rekod tu ?

Begini, sepanjang hayat ana nilah sepanjang umur 30 tahun tak pernah sekali pun bila ada cabutan bertuah bernasib baik dapat hadiah. Apa yang dicabut, semua nombornya tak bertuah. Sampai kalau ada cabutan bertuah dah tahu dah pasti nombor ni tak bertuah dan tak bernasib baik.

Jamuan akhir tahun 2009 anjuran KKGK SK. Keratong 7 hujung tahun lepas, memecah rekod segalanya. Ana dapat hadiah untuk cabutan bertuah. Betapa gembiranya hati kerana selama 33 tahun hidup, nilah kali pertama dapat cabutan bertuah.

Tapi nombor tu bukan ana yang cabut, anak sulung ana Humaira yang cabut. Kalau harapkan tangan ana pasti tak bernasib baik. Em...lain kali kalau ada cabutan bertuah, minta Humaira saja yang cabut, mudah-mudahan tangannya bertuah.

Selasa, 29 September 2009

Kenangan Aidilfitri 1430 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t...

Hari Aidilfitri Raya kali hanya disambut dengan sederhana dan rasa syukur kepada Allah s.w.t. Kaum kerabat yang menyambut Aidilfitri kali ini hanya terdiri daripada keluarga abang long dan anak beranak,keluarga kak anak beranak dan kami tiga beranak.


Keluarga abang long dan kak memang dah bemastautin kat Kelantan. Kami sekeluarga yang bekerja di Pahang sajalah yang balik kampung beraya di Kelantan. Adik beradik yang lain semuanya ada kat Sabah. Abang Ngoh sekeluarga di Kota Marudu, Kak Chik sekeluarga dan Kak Nik bekerja di Tawau.


Mereka tak balik beraya, jauh seberang laut sana bah! Tapi dengan teknolongi internet ni, pada malam raya dan hari raya tu dapat juga Kami semua di Kelantan berhubung dan bercakap serta dapat tengok muka lagi akan sanak-saudara di Sabah dengan guna kemudahan "Skype". Cuma Kak Nik saja tak dapat nak bercakap-cakap. Maklumlah doktor, tak dapat cuti, sibuk dengan patien2.



Mek sedang bercakap dengan Abang Ngoh Sabah sambil peluk Humaira melalui kemudahan Skype


Ini ialah gambar-gambar yang sempat di ambil semasa raya.




Humaira pertama kali pakai baju kurung. Nak beraya.Em..dapat pakai kejap je. Pastu terburai semua pakaian.




Humaira dan Kak Long


Humaira dan Kak Cik


Amsyar suka sangat dengan Humaira


Humaira dengan Abi dan Umminya


Di bawah ni gambar-gambar Tuan Puteri Raidah sambut hari jadinya yang ke 10 yang kebetulan jatuh pada hari raya kedua.





Kami semua di Kelantan ucapkan Selamat Har Raya Aidilfitri buat semua...


Isnin, 14 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah


Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya, Ramadhan ini ada cerita dan gambar nak dipaparkan. Tetapi kesibukan urusan hidup dunia dan akhirat menyebabkan semuanya tergendala.

Oleh itu dikesempatan ini, ana ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI buat semua kaum kerabat keluargaku samaada dekat dan jauh. Terutamanya yang tinggal kat Sabah. Iaitu buat abang Ngoh sekeluarga kat Kota Marudu, Kak Chik sekeluarga dan Doktor Kak Nik kat Tawau. Maaf Zahir Batin.

Dan juga buat semua pengunjung blog ini. Terutamanya semua kawan-kawan di mana jua berada samaada di Kelantan,luar Kelantan dan juga luar Semenanjung.Maaf Zahir Batin, moga bergembira di hari raya...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum w.b.t.

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan cuba "mengaut" seberapa banyak pahala dibulan yang dilipat gandakan kebajikan amalannya buat semua kawan-kawan dan pembaca blog ini.

Moga dibulan ini merupakan bulan Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Bahkan moga latihan keimanan dan ketakwaan ini akan berkekalan sehingga pada bulan-bulan yang mendatang.Jangan jadikan bulan ini sahaja kita mendekatkan diri dan banyak buat amalan sunat,bila tiba bulan Syawal dan seterusnya kita mula jadi macam sebelum Ramadhan ; tiada perubahan. Na'uzibillahi min zalik.

Semalam saya cuba membelek-belek blog kawan-kawan. Rupanya ramai sahabat yang sudah buat blog. Mana yang jumpa saya letak dalam blog list saya. Allhamdulillah, dengan kemudahan ini dapat jua kita berhubung dan mendekati sahabat melalui alam maya walaupun berjauhan dan kekangan masa. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua sahabat.Moga kita mendapat rahmat dan bimbingan Allah s.w.t. selalu.